SANGKAR MURAI BATU
017-5581582
Burung Murai Batu (
bahasa Inggerisnya:
White-rumped Shama merupakan burung passerine dalam keluarga
Muscicapidae. Ia dahulunya dikelaskan sebagai keluarga Thrush, Turdidae.
Burung Murai ini merupakan salah satu daripada
haiwan yang terdapat di
Malaysia. Nama sainsnya
Copsychus malabaricus.
Taburan
Burung Murai Batu boleh didapati di
Semenanjung Malaysia. Burung Murai Batu adalah burung tempatan di
Asia Selatan, tetapi turut dibawa ke
Kaua'i,
Hawai'i, pada awal
1931 dari
Malaysia, dan ke
O'ahu pada
1940. Ia biasanya terdapat di hutan lembah atau di permatang selatan
Ko'olau, dan biasanya bersarang di bawah semak atau pokok rendah hutan daun lebar tanah rendah.
Ciri-ciri fizikal
Ia biasanya seberat 1 dan 1.2 auns dan sekitar 9 hingga 11 inci panjang. Burung jantan hitam berkilat dengan dada warna berangan (chestnut) dan bulu putih pada ekor dan hujung ekor. Burung betina adalah lebih keperangan, dan biasanya lebih pendek berbanding burung jantan. Kedua jantina mempunyai paruh hitam dan kaki merah jambu. Burung jantan muda mempunyai warna keperangan atau kelabu, menyerupai burung betina, dengan dada bertompok.
Tabiat
Ia adalah pemalu tetapi mempertahankan kawasannya. Kawasan ini mungkin dikongsi semasa musim pembiakan dengan burung jantan mempertahankan kawasan tersebut, tetapi setiap jantina mungkin mempunyai kawasan berlainan di luar musim mengawan.
Bunyi nyanyian spesies ini amat merdu dan pelbagai yang menjadikannya popular sebagai burung sangkar di Asia Selatan dengan tradisi ini berterusan di Asia Tenggara. Bunyinya amat kuat dan jelas, dengan pelbagai frasa, dan sering kali mengajuk bunyi burung lain. Ia juga menghasilkan bunyi klik ('Tck') dengan sayapnya apabila resah atau terbang di kawasan terbuka mencari makan.Salah satu rakaman kicauan burung yang pernah di buat dihasilkan dengan spesies ini. Rakaman ini dihasilkan pada tahun 1889 dari burung dikurung menggunakan silinder lilin Edison oleh Ludwig Koch di Jerman.
Burung Murai Batu makan serangga hidup liar tetapi dalam kurungan di beri makan bijiran legume yang direbus dan kering dengan kuning telor dan daging mentah.
Pembiakan
Di Asia Selatan, burung Murai Batu mengawan dari Januari hingga September tetapi kebanyakannya pada April dan Jun bertelur empat atau lima biji telur dalam sarang terletak dalam rongga pada pokok. Semasa mengawan, burung jantan akan mengejar burung betina, hinggap di atas burung betina, membuat bunyi panggilan nyaring, dan kemudian mengembangkan ekornya. Ini kemudiannya diikuti dengan pola penerbangan turun naik oleh pasangan tersebut. Sekiranya burung jantan gagal menarik minat burung betina, burung betina akan mengancam burung jantan, mengacu dengan paruh terbuka.
Sarang dibuat oleh burung betina sendirian sementara burung jantan berkawal. Sarang diperbuat kebanyakannya dari akar, daun, dan batang
pokok Paku, dan pengeraman biasanya berlansung selama 12 hingga 15 hari dan tempoh dalam sarang purata 12.4 hari. Kebiasaannya ia akan memilih lubang pada dahan pokok mati untuk bersarang. Burung betina akan bertelur antara 2 hingga 3 biji setiap musim. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarangnya. Kedua pasangan memberi makan anak burung sungguhpun hanya burung betina mengeram dan menjaga anak. Telur bewarna putih hingga biru lembut (
light aqua), dengan tompokan keperangan, dan sekitar 0.7 hingga 0.9 inci.
No comments:
Post a Comment